Thursday, February 14, 2013

Improve please...

Babak 1
Suatu pagi di pusat kesihatan,

Makcik : ok, semua sekali RM30.
Keding : Alamak, duit tak cukup. Bayar lepas jumpa doktor?
Makcik : Kena bayar dulu, baru boleh jumpa doktor.
Keding : ok

rushing pegi ATM terdekat, datang balik pusat kesihatan dalam 5 minit.

Keding : Ni RM 30.
Makcik : Eh cepatnya! awak naik apa?
Keding : Kereta. Gi ATM kat food court.
Makcik : *gelak*

p/s : tak biasa servis cepat ke?

Babak 2
Oh, ni takde perbualan. Kisahnya, suatu hari pegi Jabatan Pendaftaran Negara nak buat IC baru. Ajak Naqib sekali sbb IC dia hilang entah ke mana. Sanggup gi kat Putrajaya sbb siap cepat kata mama. So dah sampai kat bangunan JPN tu, *lepas sesat sekejap* cari lah tempat parking kereta. Parking basement semua untuk staff-staff kat situ. Okey boleh terima lagi. Pusing punya pusing, last2 parking je kat sebelah bangunan tu, betul2 tepi jalan. Memang tak perasan langsung ada tempat parking awam kat jalan bawah. Dah amek nombor, tunggu dalam 10 minit dgn ramainya, baru teringat kereta parking salah port. So, keluar je bangunan JPN, ada sorang pakcik ni tengah tulis surat saman. Aduyai. Kalau turun awal sikit je, memang sempat alih kereta n tak kena saman. Dengan tebal mukanya, amek surat saman tu masuk dalam kereta terus start enjin. Nak masuk tempat parking pulak, dah la dgn sesaknya, parking pulak berebut-rebut. Memang sempit tempat parking tu. Parking kat Warta lagi besar. Tapi ada rezeki, dapat jugak parking spot. 

So conclusionnya, kalau dah tahu tempat2 camtu orang ramai selalu datang, kenapa tak buat parking space besar lagi? Dan pacak la signboard besar sikit tulis tempat parking bagi nampak dari semua arah. 

Tu je. cuma luahan hati rakyat.

No comments:

Post a Comment